Kejohanan Olahraga Kelompok 6

..:: SKTR menyertai Kejohanan Olahraga kelompok 6 ::..

Tarikh:
20 Februari 2012

Hari:
Isnin

Tempat:
Stadium Mini Sabak Bernam

Pada Kejohanan Olahraga Peringkat Kelompok pada tahun ini, Jawatankuasa Kokurikulum SKTR telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai kejohanan ini,
Oleh yang demikian, kesemua 4 orang murid SKTR didaftarkan untuk menyertai acara yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Dari kanan:
No 651- Muhammad Azrul Bin Tarmizi (Tahun 4) - wakil acara lompat jauh
No 652 - Muhammad Azrol Amri Bin Salim (Tahun 5) - wakil acara lompat jauh
No 654 - Muhammad Amirnur Hadi Bin Ahmad Kamal (Tahun 6)- wakil acara lontar peluru
No 653 - Muhammad Aidil Akmal Bin Tarmizi (Tahun 6) - wakil acara larian 100m



 Wajah ceria guru SKTR yang turut menjadi pegawai kejohanan

 Guru Besar menyampaikan medal kepada pemenang

Tambah membanggakan seorang wakil dari SKTR iaitu Muhammad Azrul turut memenangi pingat emas bagi acara Lompat Jauh seterusnya melayakkan diri bagi mewakili Kelompok 6 ke peringkat Daerah.

 Semua murid bersama guru SKTR bergambar kenangan sempena Kejohanan Olahraga Kelompok 6 bagi Tahun 2012.

p/s: Tidak ada gambar kenangan yang sempat dirakam semasa murid bertanding di dalam acara masing-masing untuk diabadikan di dalam blog sekolah kerana semua guru terlibat sebagai pegawai kejohanan semasa acara berlangsung.

No comments:

Post a Comment