Aktiviti Sekolah (Arkib)

..:: Kejohanan Sukan Tahunan SKTR 2011 ::..

Setelah hampir 10 tahun tidak diadakan Kejohanan Sukan Tahunan di SK Tebing Rebak, tanggal 1 Oktober menjadi tarikh keramat di mana satu Kejohanan Sukan telah diadakan di Padang SK Tebing Rebak dengan jayanya. Walaupun SK Tebing Rebak hanya mempunyai bilangan kakitangan dan murid yang kecil, namun aktiviti tersebut dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang seadanya. Kejohanan ini turut disertai oleh penduduk Kampung Tebing Rebak dan beberapa tetamu istimewa yang dijemput khas bagi bersama-sama warga sekolah memeriahkan kejohanan yang diadakan.

Peristiwa Sebelum Hari Kejohanan

 Sebelum kejohanan berlangsung, murid-murid menjalani latihan sebagai persediaan.

Ke garisan..sedia..


mula!!!
Latihan Lari Berpagar..






Sebanyak 25 buah pagar telah disediakan hasil usaha guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah demi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan yang julung kali diadakan.






Begitu bersemangat sekali anak-anak SK Tebing Rebak berlatih melompat pagar..Lompat jangan tak lompat ye..







Acara yang dipertandingkan sebelum Kejohahan: Lontar Peluru dan Lompat Jauh..

Sukantara: Acara Lontar Peluru

Mari kita tengok aksi murid-murid SKTR melontar peluru..

Sebelum mula, kena dengar taklimat daripada pengadil dulu.. :)

           
Bak kata Hadi "Lontaran Seorang Juara"

Seperti yang dinyatakan di atas, satu lagu acara adalah lompat jauh..tapi admin tak sempat nak snap gambar..


Peristiwa Sehari Sebelum Hari Kejohanan (30 September 2011)

 Counting the day: 1 hari je lagi.. 
Makanya, jawatankuasa pengelola pun sibukla membuat pelbagai persiapan..
Antaranya ialah...

 Menggantung banner

Menyediakan padang

 
Menyediakan PA System

 Berlatih untuk persembahan


Dan macam-macam kerja lagi...


Hari Sebenar (1 Oktober 2011)

Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua terutamanya murid-murid..
Untuk pengetahuan semua, terdapat 5 pasukan yang ditubuhkan untuk Hari Sukan yang julung-julung kali diadakan ini iaitu Pasukan Merah, Biru, Ungu, Jingga dan Kuning. Setiap pasukan diwakili oleh seorang murid SKTR dan selebihnya merupakan ahli yang diimport khas daripada SM Sains Bagan Datoh iaitu seramai 3 orang bagi setiap pasukan..Wah..Ada ahli import..Unik bukan?Hehe..Inilah keunikan yang terdapat di SKTR yang mungkin tidak berlaku di sekolah lain..Demi memberi peluang kepada murid SKTR merasai pengalaman Hari Sukan sebagaimana sekolah lain, pihak sekolah berusaha memikirkan cara bagi menjayakan hari sukan ini sebaiknya.
 
 Agenda 1: Ketibaan Dif Jemputan


 Antara barisan tetamu yang hadir terdiri daripada warga SKTR dan penduduk Kg Tebing Rebak.

Tetamu VIP

Agenda 2 : Perarakan Masuk Kontinjen


Agenda 3: Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Mat Uri Bin Baki ( Pengerusi JKKK Kg Tebing Rebak)


Agenda 4 : Bacaan Ikrar Hari Sukan
Diketuai oleh Siti Fatimah Bt Mat Ali (Murid Tahun 6)


Agenda 5: Perarakan Keluar Kontinjen


Agenda 6 : Persembahan Senam Tari

Wah..siap ada aksesori untuk pelengkap gaya..cayalah!!
 Niat di hati admin nak upload video senam tari..malangnya..asyik error in connection je..
Terus ke agenda yang seterusnya je lah..

Agenda 7: Acara Sukan Bermula!!

Bagi acara sukan, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Murid dan Kategori Ibubapa. Kategori guru tak ada ke? Kategori guru tak dapat nak diadakan sebab kesemua guru yang berjumlah 5 orang sibuk menjadi AJK pengelola.

Acara Kategori Murid




Acara Kategori Ibu Bapa / Dewasa




Agenda 8: Upacara Penyampaian Medal & Hadiah

Setelah tamat semua acara, tibalah ke agenda yang terakhir iaitu upacara penyampaian hadiah.
Pihak majlis telah pun menyediakan hadiah dan medal untuk diberikan kepada semua pemenang.



En Lee Choong Sing, Guru Kanan SKTR menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Dewasa



Pn Norshuhada turut hadir bagi memberi sokongan kepada murid-murid dan menyampaikan medal kepada pemenang kategori murid.


Secara keseluruhannya, Pasukan Ungu telah berjaya merangkul gelaran Johan Keseluruhan.
Tempat Kedua berjaya disandang oleh Pasukan Biru.
Pasukan Kuning pula berjaya mendapat Tempat Ketiga.
Pasukan Jingga dan Merah terpaksa berpuas hati dengan Tempat Keempat dan Kelima.

Para pemenang bergaya sakan dengan menayangkan piala pusingan yang dimenangi oleh pasukan masing-masing..

Akhir sekali, pihak sekolah turut memberikan cenderahati kepada tetamu jemputan daripada 
SM Sains Bagan Datoh yang telah membantu menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SKTR 2011.


 Inilah barisan 10 pelajar SM Sains Bagan Datoh bersama guru pengiring yang turut membantu kami menjayakan kejohanan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dikalungkan atas sumbangan yang telah diberikan.Harap tak serik datang ke sini lagi ye..

Sekian sahaja catatan peristiwa bagi Kejohanan Sukan Tahunan SKTR 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya.Alhamdulillah..




..:: Majlis Istimewa 3 dalam 1 ::..

Pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1433 Hijrah telah berlangsung satu sambutan yang istimewa bagi meraikan 3 majlis secara serentak bertempat di SK Tebing Rebak. 3 majlis tersebut merupakan Majlis Sambutan Penutupan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Perpisahan.Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran semua warga sekolah bersama keluarga dan juga penduduk setempat..

 Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis
 
Majlis dimulakan dengan agenda yang pertama iaitu Majlis Penutupan Sambutan Kemerdekaan dan Program Kibar Jalur Gemilang..
Cikgu Idris selaku Pengerusi Majlis

Nyanyian Lagu Negaraku
 Murid-murid SK Tebing Rebak mendeklamasikan Sajak Kemerdekaan

 Murid menyanyikan lagu-lagu patriotik

Majlis diteruskan dengan agenda kedua iaitu Majlis Perpisahan Puan Shuhada yang akan bertukar ke sekolah di Selangor. Puan Shuhada merupakan salah seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak 2 tahun yang lepas. Beliau merupakan seorang guru yang sangat komited dengan tugas dan sentiasa memberikan sumbangan terbaik demi kemajuan sekolah dan anak-anak di SK Tebing Rebak. Pemergian beliau untuk menyambung tugas di tempat lain terpaksa direlakan oleh kami di SK Tebing Rebak. Kami di SK Tebing Rebak akan terus mendoakan kesejahteraan kehidupan Cikgu Shuhada walau di mana beliau berada..Sayonara Cikgu Shuhada..

Ucapan dari wakil murid, wakil ibubapa dan wakil guru serta kakitangan sekolah
Cikgu Norshuhada dalam kenangan..

  Persembahan nyanyian lagu perpisahan khas untuk Cikgu Shuhada..
 "Selamat engkau pergi,guru yang kami sayangi,selamat engkau berbakti,demi ibu pertiwi.
Seruan nusa bangsa,menuntut ilmu dan jasa,dengan semangat sejati,teruskan usahamu yang murni.
Jasamu tidak dilupa,ilmumu tidak dipersia,doakan kami berjaya,menjadi anak berguna.
Kami mohon doa kepada Yang Esa,moga kau sentiasa bahagia,selamat kau pergi dan berbakti,
Kami relakan kau pergi......"

Acara penyampaian cenderahati tanda kenang-kenangan buat Cikgu Shuhada
Agenda yang terakhir merupakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat SKTR..Para tetamu menjamu selera dengan menikmati juadah hari raya yang disediakan..
 Di samping itu, ada juga acara nyanyian karaoke..
Cikgu Shuhada dan suami berpadu suara menyanyikan lagu secara duet..


Sebelum majlis berakhir, kami sempat menjalani sesi photoshoot bagi mengenang majlis istimewa 3 dalam 1 ini..





..:: Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SKTR 2011 ::..

Program: Kempen Kibar Jalur Gemilang
Tarikh pelaksanaan: 15 Ogos hingga 19 September 2011
 Sasaran: Semua warga SKTR

Kempen Kibar Jalur Gemilang merupakan satu program yang diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2011. Unit Kokurikulum sekolah berusaha untuk menyediakan beberapa aktiviti dan pengisian yang bersesuaian bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan tanah air di kalangan warga sekolah.Antaranya adalah perarakan Jalur Gemilang dan pemasangan bendera di persekitaran sekolah..

Perarakan Jalur Gemilang
everybody..pose n smile.. :)
1 Malaysia!!!
Meh tolong Guru Besar pasang bendera...



 


 ..:: EDUWEBTV In House Training a.k.a LaDaP ::..


 Apa itu EDUWEBTV?
"EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.Terdapat 7saluran yang disediakan iaitu Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung. Portal pendidikan interaktif berasaskan video ini boleh digunakan dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P).EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Justeru itu, semua guru amat disarankan untuk menggunakan EDUWEBTV ini bagi membantu, menambah baik dan meningkatkan kualiti P&P di samping menerajui pembangunan P&P berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010."

Demikianlah serba sedikit intipati yang telah disampaikan oleh Cikgu Idris Bin Baki semasa sesi In House Training ini berlangsung..

Oleh kerana ada gambar yang disnap semasa in house training ni..maka, bolehla diabadikan di dalam blog sekolah..Jom layan pic cikgu-cikgu SKTR sedang ber LaDaP..


                                   Cikgu Idris selaku fasilitator...              Fokus semua ya!!


EDUWEBTV ni kena daftar..Setiap guru disarankan untuk memiliki akaun EDUWEBTV sendiri..
Jom daftar!!


 

Semua tengah khusyuk tengok video ni..



         

Guru Besar sedang mendaftar sebagai pengguna EDUWEBTV



Ini ialah link untuk menggunakan EDUWEBTV : www.eduwebtv.com





..:: Gotong-Royong Membuat Tempat Letak Kereta ::..

















..:: Sambutan Hari Guru 2011 ::..

Pada 16 Mei yang lalu telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat SK Tebing Rebak. Persediaan awal telah dirancang dengan baik oleh seluruh warga sekolah. Pada hari tersebut, adik Muhammad Amirnur Hadi dan juga adik Siti Fatimah bertindak sebagai pengacara majlis. Acara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan oleh Cikgu Idris dan diikuti oleh Puan Norshuhada. Selepas itu, Guru Besar SK Tebing Rebak, Pn Hjh Rosmah menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan sambutan Hari Guru peringkat SK Tebing Rebak.

Tidak lengkap rasanya jika sambutan ini tidak diiringi dengan lagu 'Guru Malaysia'. Maka dengan itu, kesemua warga pendidik berdiri di atas pentas dan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan penghayatan.







Sambutan diceriakan lagi dengan persembahan daripada murid-murid. Kemudiannya adalah acara memotong kek. Mmm... Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe...















..:: Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia ::..

Pada 2 Julai yang lalu telah berlangsung acara Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Tebing Rebak. Guru-guru sudah pun hadir seawal jam 7 pagi bagi memastikan acara pada hari itu berjalan dengan lancar. Kehadiran ibubapa dan juga penduduk setempat memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. 





Setelah pendaftaran, senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Wan Noraina Ayuni ternyata  telah meledakkan bakat-bakat terpendam murid-murid, guru-guru serta penduduk setempat. Melihat telatah mereka yang begitu asyik bersenamrobik tanpa menghiraukan gerak-langkah yang ada kalanya memang tidak seirama, ianya memang menyeronokkan dan menceriakan! Selepas itu, sedikit ucapan dan juga bacaan perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri telah disampaikan oleh Guru Besar Pn Hjh Rosmah. Acara diteruskan lagi dengan perasmian oleh Ketua Kampung Tebing Rebak, Tuan Hj Mat Uri.


 
Haaa... Nak tengok aksi murid-murid SK Tebing Rebak ni jadi jaguh pecut??? Ni diaaa.... Kelihatan adik Hadi agak ketinggalan. Dan sememangnya Rumah Sukan Hadi yang guru penasihatnya Cikgu Shuhada telah mendapat nombor yang terakhir sekali. Tak mengapa ya Hadi! Nanti acara lontar peluru Hadi bagi lontar jauh-jauh dalam kebun sawit sebelah sekolah tu. Cayalah!
Selesai sahaja acara larian, kami pun beramai-ramai menjamu nasi lemak di kantin sekolah. Nasi lemak telah didatangkan khas dari Pengerusi PIBG SK Tebing Rebak, Pn Hajar binti Samat. Memang eloklah makan nasi lemak sebab dah 8 kali pusing padang. Nak cukupkan 1.5 km lah katakan...Seterusnya telah diadakan sesi interaksi antara guru, ibubapa dan murid. Sesi tandatangan buku rekod markah lah ni... Jom tengok apa jadi!








..:: Ramadhan 2011::..

Selamat Berpuasa khas buat semua daripada kami Warga SK Tebing Rebak









..:: Aidil Fitri 2011 ::..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin  khas buat semua daripada kami Warga SK Tebing Rebak